Home Berita PAS Johor

Mesej dakwah dapat disampaikan dengan penulisan – Siti Hawa Mahmod

142
SHARE

Oleh YUHANIS MOHD ARIS

KLUANG, 23 Jul : Mesej dakwah dapat disampaikan dengan penulisan secara lebih tepat dan berkesan dengan pemerkasaan bengkel penulisan berkala.

Demikian dinyatakan oleh Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Kluang, Siti Hawa Mahmod dalam ucapannya sewaktu merasmikan bengkel Penulisan Jihad Bil Qalam di Balai Islam Haji Omar Jani (BIHOJ), di sini kelmarin.

“Meskipun dunia video semakin menepati hati setiap golongan masyarakat pada masa kini, peranan bidang penulisan masih relevan sebagai medan dakwah masa kini”, tambah Siti Hawa.

Bengkel yang disertai oleh 20 orang peserta ini bertujuan untuk menyungkil serta mengasah bakat ahli PAS dalam penulisan berita dan santai.

Pada masa yang sama, Ketua Lajnah Penerangan dan Media Baru PAS Kawasan Kluang, Muhammad Nazirul Munir, mengucapkan tahniah kepada Dewan Muslimat kerana berjaya menganjurkan program seperti ini.

“Program seperti ini bukan hanya sekali sahaja penganjurannya, kita akan melaksanakan bengkel-bengkel “Softskill” yang lain pada masa akan datang”, ujarnya.

Bengkel penulisan berita disampaikan oleh Nazirul Munir yang juga merupakan Ketua Unit Wartawan PAS Negeri Johor, manakala penulisan santai disampaikan oleh Eza Aiza Zainal.

Para peserta diberikan latihan pada akhir program bagi mengukuhkan pemahaman berkaitan penulisan.