Home Berita PAS Johor

Pesta sukan PASTI Muar meriah

153
SHARE

Oleh SHARIFAH AJIL

MUAR, 23 Jul : Pesta Sukan PASTI Kawasan Muar telah diadakan dengan penuh meriah di Kompleks Penghulu Sungai Balang, di sini hari ini .

Menurut pengarah program, Nur Nabilahuda Mohamad, sebanyak 11 team bola sepak dan 11 team bola jaring telah beradu tenaga, bermain dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan.

Pesta Sukan PASTI telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah 2, Bahagian Akademik, Jabatan PASTI Johor, Ustaz Muhammad Hairi Hamzah.

“Allah memilih seseorang pemimpin yang bukan sahaja cerdik akalnya tetapi juga sihat tubuh badannya. Ini membawa maksud dengan bersukan juga dapat menjadikan tubuh sihat.

“Penganjuran program hari ini, sebagai melengkapkan tuntutan syariah bagi menyediakan anak-anak didik yang cerdik akal dan sihat tubuh badannya,” tambah beliau lagi.

Beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak penganjur, ibu bapa dan guru-guru yang bekerja keras menjayakan program ini setelah dua tahun tidak dapat dilaksanakan kerana pandemik Covid-19.

Johan pertandingan bola sepak telah diraih oleh PASTI At Taqwa, tempat kedua PASTI Al Aziz dan tempat ketiga dikongsi bersama antara PASTI At Taufiqiah dan An-Nur.

Sementara untuk acara bola jaring, PASTI Al Aziz telah membolot rekod tanpa kalah untuk menjadi juara. Sementara PASTI As Syafaat dan Al Amaliyyah berkongsi tempat kedua. Tempat ketiga PASTI Ar Rahmah.

Hadiah kepada pemenang dan pengadil jemputan dari sekolah-sekolah berhampiran telah disampaikan oleh Ustaz Hairi dan Cikgu Cheman Yusoh, Timbalan YDP PAS Muar. Turut hadir ialah Ketua Pemuda, Hadi Abu Bakar, Pengerusi PASTI Muar, Ilyas Ismail dan Ketua Majlis Guru PASTI Muar, Sapiah Abu.