Home Rencana PAS Johor

Tinta PJ : Prasyarat kemenangan

50
SHARE

Oleh : ALFADHIL USTAZ ABDULLAH HUSIN

Ahli PAS adalah insan yang dipilih oleh Allah untuk meneruskan perjuangan Islam, memegang panji-panji islam bagi meneruskan kesinambungan perjuangan islam.

Kemenangan yang paling besar ialah redha Allah SWT.

Kita berjuang dengan ikhlas, beramal dengan ikhlas dan berkorban dengan ikhlas sehingga Allah redha pada kita dan itulah kemenangan yang paling besar.

Kemenangan di dunia ini dijanjikan oleh Allah tetapi itu bukanlah ukuran yang sebenar.

Kemenangan di dunia menjadikan amanat dan amanah yang besar serta tanggungjawab yang besar untuk melaksanakan syariat Allah SWT.

Dengan itu PAS sentiasa bersedia dengan tanggungjawab yang diberikan ini. InsyaAllah

Kekuatan PAS Malaysia bergantung pada Negeri-Negeri dan Wilayah Persekutuan.

Kekuatan PAS Negeri- Negeri dan Wilayah Persekutuan bergantung pada PAS Kawasan.

Kekuatan PAS Kawasan bergantung pada PAS Cawangan.

Mari sama- sama kita perkukuhkan di semua peringkat.

Perbanyakkan cawangan-cawangan di setiap kawasan.

Selain dari itu usrah amat penting buat Ahli-ahli PAS.

Dengan adanya usrah kita dapat memperkukuhkan lagi kekuatan dan kefahaman kita.

Kita tidak akan panik dan keluh kesah berkaitan isu-isu berbangkit.

Rujukan kita berdasarkan Al-Quran dan Hadis.

InsyaAllah sama sama kita memperkukuhkan usrah di semua peringkat.

Alhamdulilah pada hari ini saya telah merasmikan dua Mesyuarat Agung PAS Kawasan iaitu PAS Kawasan Parit Sulong dan PAS Kawasan Ledang. Semoga kita semua diberkati oleh Allah SWT.

Ustaz Abdullah Husin merupakan Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Negeri Johor