Home Berita PAS Kedah

Menteri Besar Sumbang Komputer Riba

101
SHARE

JITRA, 7 Ogos 2021 :  Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor memberi sumbangan kepada pelajar cemerlang yang mendapat 11A dalam Sijil Pendidikan Malaysia (SPM), Mathiventhan Naidu A/L Raviselvan di Taman Perumahan Awam, Jitra.

Maklum Pegawai Khas Masyarakat India, Kumaresan Bk berkata permohonan komputer riba ini diminta seminggu yang lalu bagi memudahkan pelajar tersebut menyambung pengajian.

“Dalam tempoh hanya seminggu, saya telah menerima panggilan dari pejabat MB untuk mengambil wang membuat pembelian komputer riba dan YAB Haji Sanusi sendiri ingin datang menyerahkan komputer riba bersama sedikit sumbangan wang tunai,” katanya.

Dalam lawatan ini, Haji Sanusi turut menziarahi beberapa penduduk Kampung Pelubang dan Kampung Kelubi yang mengalami masalah kesihatan serta pendapatan terjejas dengan COVID-19.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”