Home Kenyataan Media PAS Kedah

Sokongan kepada Kerajaan PN Kedah, Tindakan yang tepat

41
SHARE

SIARAN MEDIA BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI KEDAH

SOKONGAN KEPADA KERAJAAN PN KEDAH, TINDAKAN YANG TEPAT.

بِسْمِ ٱللّٰهِ ٱلرَّحْمٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Salam Sejahtera.
PAS Kedah menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada komitmen dua ADUN dari parti UMNO iaitu YB Dato’ Suraya Yaacob (Sungai Tiang) dan YB. Dato’ Norsabrina Mohd Noor (Bandar Baharu) untuk terus bersama menyokong Kerajaan Perikatan Nasional di Negeri Kedah (seperti yang disiarkan Sinar Harian pada 7 Ogos 2021).

Komitmen sebegini wajar dicontohi oleh para pemimpin politik di semua peringkat, khususnya di peringkat persekutuan kerana ianya bukan sahaja perlu bahkan tindakan yang tepat di saat semua pihak sedang menggembeleng tenaga dan usaha bagi memerangi wabak Covid-19. Seharusnya kemaslahatan rakyat diutamakan berbanding agenda kepentingan politik peribadi pihak tertentu.

PAS Kedah yakin melalui kestabilan politik, kemajuan ekonomi, peningkatan pelaburan dan hasil serta pencapaian cemerlang Kerajaan Negeri Kedah dibawah pentadbiran Menteri Besar, YAB Haji Muhammad Sanusi Md Nor perlu terus didokong oleh semua pihak supaya rakyat Kedah mendapat nikmat dan kesejahteraan yang berterusan.

“Kedah Sejahtera – Nikmat Untuk Semua”

“اسلام ممڤركوكوه ڤرڤادوان”

YB Senator Haji Ahmad Yahya
Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah
8 Ogos 2021/ 29 Zulhijjah 1442H