Home Rencana PAS Wilayah

Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan anjur Majlis Sambutan Maal Hijrah 1443

253
SHARE

SAMBUTAN tahun baharu hijrah perlu mencapai matlamat sebenar, tepat dan selari dengan kehendak Islam, apatah lagi dalam konteks hari ini, masih ramai yang tidak menyedari falsafah di sebalik peristiwa agung itu.

Ia bukan sekadar memperingati peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW dan sahabat dari Makkah ke Madinah, sebaliknya membuahkan hikmah cukup besar apabila kaum Muhajirin dan Ansar dipersaudarakan, manakala Islam mula berkembang dan tersebar ke seluruh pelosok dunia.

Justeru, Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan akan menganjurkan Majlis Sambutan Ma’al Hijrah 1443 peringkat PAS Wilayah Persekutuan pada 9 Ogos 2021, bermula jam 6.30 petang

Aturcara :

6.30 ptg : Majlis bacaan Yasin
6.45 ptg : Tazkirah oleh Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan
7.20 ptg : bacaan doa Akhir Tahun 1442H oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan
7.30 mlm: Azan Maghrib
7.35mlm : Bacaan doa Awal Tahun 1443H oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan
7.45 mlm: Solat Maghrib

Semua dijemput untuk sertai majlis yang akan dianjurkan secara atas talian.