


KOTA BHARU, 4 Jul: YAB Menteri Besar Kelantan hari ini meluangkan masa menziarahi mangsa kes pecah rumah yang berlaku baru-baru ini. YAB Menteri Besar turut menyampaikan sumbangan kepada Puan Ikromah yang menjadi mangsa pecah rumah. Dalam kejadian tersebut, Puan Ikromah mengalami kerugian termasuk kecurian wang modal perniagaan kuih-muih yang telah menjejaskan pendapatan beliau sekeluarga. Turut sama dalam lawatan ini ialah YDH SAC Abdullah Muhammad Piah, Timbalan Ketua Polis Kelantan.