π ππ‘ππ¨π‘ππ¨π‘π πππ¦ππ π§π¨ππ‘ππ¨
Pada hari ini, Selasa 15 Disember 2020, jam 11 pagi, YB Datoβ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah diperkenan untuk menghadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, bertempat di Istana Kinta.
YB Datoβ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang merakamkan setinggi junjung kasih kepada DYMM Tuanku di atas keprihatinan dan hikmah kebijaksanaan yang dizahirkan oleh Baginda terhadap kemaslahatan agama, kestabilan politik dan ekonomi, serta kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat jelata.
Menjunjung kasih Tuanku.
DATOβ TAKIYUDDIN HAJI HASSAN
Setiausaha Agung PAS
Bertarikh: 29 Rabiul Akhir 1442 / 15 Disember 2020
#DaulatTuanku
#SejahteraBersamaIslam