Home Berita PAS Melaka

Hormati warga tua, sunnah Nabi –YDP PAS Alor Gajah

486
SHARE

Oleh : Al-Ansari

ALOR GAJAH, 14 Dis : “Bukanlah daripada golongan kami barang siapa yang tidak mengasihi kanak-kanak dan tidak menghormati orang dewasa.

“Rasulullah berkata demikian mengikut hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik R.A apabila datang seorang tua kepada Rasulullah dan orang ramai melambatkan pergerakan untuk memberikan ruang kepadanya.

“Hadis ini menunjukkan betapa menghormati warga tua amat dituntut di dalam Islam dan menjadi tanggungjawab kepada warga muda”.

Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah, Ustaz Syahbudin Senin berkata demikian kepada Wartawan Rakyat Melaka (WARM) ketika menghadiri Program Ziarah Kasih Gadek anjuran Jabatan Pilihan Raya Dun (JPrD) PAS Gadek, di sini semalam.

Dalam program tersebut Ustaz Syahbudin telah menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai kepada Norpiah Asul, 84 yang kini terlantar kerana penyakit yang dihidapinya.

Waris kepada penerima ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada JPRD PAS Gadek atas sumbangan ini yang menurut beliau sedikit sebanyak meringankan beban keluarga.

Program ziarah turut dihadiri oleh Setiausaha PAS Kawasan Alor Gajah, Syahmi Satar dan Pengarah JPrD PAS Gadek, Mohd Afif Che Roselam.