



PASIR PUTEH, 17 Jul: Pagi ini, bertempat di Pusat Khidmat DUN Selising, YB Tuan Saripudin Tuan Ismail yang juga ADUN Selising, menyantuni peniaga-peniaga dan penjaja-penjaja yang hadir untuk menerima sumbangan bantuan perniagaan.
Sumbangan ini adalah kesinambungan daripada sumbangan Fasa 1 iaitu sumbangan kedai kopi.
Tuan Saripudin mengucapkan terima kasih kepada penghulu-penghulu mukim yang terlibat dalam program ini atas keprihatinan mereka terhadap anak mukim dan kesudian mereka untuk turut hadir bersama dengan penerima pada hari ini.