Home Berita PAS Kelantan

Persiapan bekalan makanan untuk penduduk PKPD di Selising

50
SHARE
SELISING, 17 Jul: Pihak Pusat Khidmat DUN Selising hari ini telah membuat persiapan untuk mengagihkan bekalan makanan kepada penduduk yang menjalani PKPD di sekitar Selising.
Bekalan ini merupakan hasil sumbangan masyarakat yang berjaya dikumpulkan oleh pihak PKD Selising.
Dua lokaliti di Selising telah diisytiharkan pelaksanaan PKPD iaitu melibatkan kawasan Bukit Tanah dan Gong Jering.
ADUN Selising, YB Tuan Saripudin, yang turut hadir membantu persiapan tersebut, menyampaikan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua yang sentiasa mengambil berat terhadap masyarakat lain yang dalam kesusahan dan memerlukan. Beliau turut berterima kasih kepada semua pihak yang saling membantu untuk menjayakan agihan ini kepada masyarakat.