Home Artikel PAS Johor

“Ini Himpunan Mega Johor Pertama Selepas 2015”

565 views
SHARE
“Ini Himpunan Mega Johor Pertama Selepas 2015”

Fastaqim yang berlangsung hari ini merupakan program himpunan mega pertama yang dibuat selepas tahun 2015.

Pengarah program, Khairul Faizin Ahmad Kamil berkata penganjuran Fastaqim atau lebih dikenali sebagai himpunan 10k itu adalah julung kali diadakan.

Mengulas lanjut mengenai objektif penganjuran, beliau berkata fokus utama Fastaqim adalah terhadap jentera PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Kita belum pernah ada himpunan 10k sebegini. Fokus Fastaqim ialah terhadap jentera PAS.

“Fastaqim kali ini mendapat sambutan bukan sahaja oleh ahli PAS, tetapi juga dari pelbagai lapisan masyarakat di Johor.

“Program kita tidak menghalang orang luar (bukan ahli PAS) untuk sertai,” katanya.

Selain itu, beliau turut memaklumkan acara rasmi Fastaqim akan bermula sebelah petang dengan kekuatan jawatankuasa seramai 60 orang.

Fastaqim peringkat Johor hari ini dijadualkan tamat pada jam 11 malam dengan acara kemuncak, Ceramah Fastaqim 2.5 JDT.