BUKIT KATIL, 4 Jun : Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Melaka telah menganjurkan Program Jelajah Rangsangan IT (JeRIT ) bertempat di Dewan Ar-Rahmah, Ayer Molek, Melaka.
Program ini telah bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang. Sebanyak enam kawasan pilihan raya yang melibatkan lebih 50 orang peserta.
Objektif program ini untuk mendedahkan kepada para peserta Lajnah Pilihan raya, Lajnah Penerangan dan Lajnah IT tentang kepentingan dan peranan ICT dan media baru dalam pilihan raya.
Program ini dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamarudin Sidek dan ucaptama JeRIT disampaikan oleh Pengarah Jabatan IT PAS Pusat, Tuan Haji Suhaimi Embong.Turut hadir Pengarah Pilihan raya , Tuan Bahiki Ismail dan Ketua Penerangan, Tuan Jaafar Othman.
{jathumbnail off}