Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Anakku, Pergimu Sebagai Sang Syahid

591
SHARE

Anakku, Pergimu Sebagai Sang Syahid

Berita sedih melibatkan kemalangan jiwa apabila sebuah van yang membawa pelajar Maahad Tahfiz Al-Hashimi Dato’ Adnan Hashim terbabas semalam mendapat perhatian media.Kemalangan yang meragut 7 orang nyawa tersebut dilaporkan terjadi di Telekong, Kuala Krai apabila van dinaiki terbabas sebelum tiba ke destinasi untuk menghadiri Madinah Ramadan sebagai peserta program Daurah Tafsir Al-Quran.

Kami Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) turut bersimpati dengan kejadian yang tidak diigini berlaku. Takziah kami ucapkan kepada semua mangsa yang terlibat. Semoga ahli keluarga yang terlibat tabah menghadapi situasi ini. Tidak dilupa juga kepada warga Maahad Tahfiz Al-Hashimi Dato’ Adnan Hashim semoga terus bersabar menerima ujian ini.

Tiada siapa yang mampu menghalang takdir Allah sebagaimana yang telah terakam melalui firmanNya yang berbunyi :-“Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun“. Surah Al Mulk ayat 2.

Marilah sama-sama kita menjadikan episod pemergian anak-anak syahid ini sebagai motivasi untuk terus istiqamah melakukan kebaikan. Sesungguhnya ajal itu tidak mengenal masa dan usia, maka sentiasalah berwaspada sisa hidup di dunia yang sementara.Kami DMPM juga mendoakan kesembuhan buat anak-anak yang masih mendapat rawatan.

Marilah sama-sama kita panjatkan doa semoga segala urusan dipermudahkan.Anakku, pergimu sebagai sang syahid. Al-Fatihah.

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
KETUA,
Dewan Muslimat PAS Malaysia
9 Ramadan 1438H | 4 Jun 2017