Home Berita PAS Melaka

Melaka beralih ke Fasa 3 PPN 1 Oktober

206
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 29 Sept: Melaka akan beralih ke Fasa 3 dalam program Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuatkuasa 1 Oktober ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut beliau, selain Melaka, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya turut beralih ke Fasa 3 PPN.

Beliau yang juga Perdana Menteri Malaysia berkata demikian dalam satu kenyataan media yang dimuat naik di laman Facebook Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Melaka sebentar tadi.

“Peralihan fasa ini dibuat setelah mengambil kira penilaian risiko semasa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” ujarnya.

Tambah Ismail Sabri lagi, berdasarkan keputusan jawatankuasa yang membenarkan peralihan daripada Fasa 1 ke Fasa 2 bagi negeri Kedah, ini bermakna tiada lagi negeri berada di Fasa 1 di seluruh negara.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada seluruh Keluarga Malaysia, khususnya kerajaan negeri yang bertungkus-lumus menguruskan situasi pandemik di negeri masing-masing demi memenuhi nilai ambang yang ditetapkan.

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi negeri-negeri yang memasuki fasa 2, 3 dan 4 adalah sama dengan sebelum ini.

“Keterangan SOP terkini akan dikemaskini oleh MKN di laman sesawang www.mkn.gov.my,” ujar beliau lagi di dalam kenyataan itu.

 

PENGUMUMAN KHAS JKN MELAKA

JKN Melaka telah mengumumkan bahawa bermula 30 Ogos individu di Negeri Melaka yang berusia 50 tahun ke atas yang belum mendapat tarikh temujanji dalam aplikasi Mysejahtera boleh melakukan ‘walk in’ ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam seperti di infografik dari jam 8.00 pagi hingga 1 tengahari.

Seramai maksimum 50 orang individu boleh melakukan ‘walk ini’ pada setiap hari di setiap PPV.

Namun bagi individu yang telah menerima tarikh temujanji, jabatan itu menasihatkan mereka agar patuh tarikh temujanji yang telah diberi.