Home Berita PAS Kelantan

MB serah bantuan Tabung Serambi Mekah

636
SHARE

KOTA BHARU – Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob menyerahkan bantuan Tabung Serambi Mekah sebanyak RM5,500 kepada 11 keluarga rumah terbakar di Wakaf Mek Zainab, di sini.

Menerusi tinjauan dan lawatan beberapa exco kerajaan negeri, Mumtaz Md Nawi, Datuk Dr Ramli Mamat dan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan kira-kira tengahari pagi ini, beliau turut menemui mangsa kebakaran di situ.

“Setiap keluarga diberikan bantuan segera iaitu bantuan Tabung Serambi Mekah sebanyak RM500.

“Kerajaan negeri menghargai pertolongan yang diberikan oleh orang ramai yang prihatin dan berharap mangsa mendapat kediaman baru selepas ini,” katanya di sini, hari ini.

Katanya, masyarakat di negeri ini diminta berhati-hati dan mengelak perkara seperti itu.

“Sentiasalah beringat sebab musibah yang berlaku di Pusat Tahfiz Intifiqiyyah masih lagi bermain di fikiran masyarakat, bagaimanapun, kita bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa dan kematian terhadap mangsa,” katanya.

Pada kejadian ini, kira-kira jam 2.30 pagi, 11 keluarga di Wakaf Mek Zainab tinggal sehelai sepinggan setelah yang didiami musnah dalam kebakaran.

Setakat ini, punca kejadian dan kerugian masih lagi dalam siasatan.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Datuk Zamri Ismail yang turut serta dalam lawatan tersebut berkata, MPKB-BRI memberikan bantuan segera RM300 dan sumbangan makanan kepada setiap keluarga yang terlibat.

“Setakat ini, mangsa yang terlibat akan tinggal di rumah jiran dan saudara-mara buat sementara waktu,” katanya. SINAR HARIAN