Home Artikel PAS Wilayah

PAS Setiawangsa Tubuh Cawangan Baru, Tekad Tawan Parlimen Setiawangsa

85 views
SHARE

PAS Kawasan Setiawangsa pergi setapak lagi dalam usaha menawan kerusi Parlimen Setiawangsa dengan menubuhkan satu lagi cawangan baru di Setapak Permai.

Majlis pelancaran itu diadakan sempena program Busking Dakwah di Tasik Sri Rampai sebentar tadi. Program ini merupakan salah satu daripada Siri Jelajah Hijau Dewan Pemuda PAS Malaysia di Wilayah Persekutuan.

Plat Pelancaran Pas Cawangan Setapak Permai dirasmikan oleh Timbalan Pesuruhjaya II Pas Wilayah Persekutuan merangkap Pengerusi Lajnah Pemerkasaan Parti¬†PAS Wilayah Persekutuan, Tn Hj Abd Halim Hassan. Plat diserahkan kepada Setiausaha Pas Kawasan, Sdr ‘Umar Abd Aziz menandakan permulaan era baru Pas di UPU Setapak Permai.

Dengan penubuhan cawangan baru ini, PAS Kawasan Setiawangsa berazam menggiatkan lagi usaha bagi menghadiahkan sebuah kerusi Parlimen kepada Pas Pusat dalam PRU14 nanti. InsyaAllah lebih banyak program dan gerakkerja akan diaturkan bagi menjayakan misi menawan Setiawangsa.