Home Berita PAS Kelantan

MB rasmikan Dataran Dato’ Bentara Kanan, Taman Eko Rimba Bukit Bakar

177
SHARE

MACHANG, 18 Jan: Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JHNK) telah membina sebuah laman tapak gajah di Taman Eko Rimba Bukit Bakar yang diberi dinamakan Dataran Dato’ Bentara Kanan sempena gelaran Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato’ Ahmad Yakob.

Majlis perasmian tersebut disempurnakan sendiri oleh YAB Menteri Besar seusai mempengerusikan mesyuarat Majlis Sumber Air Negeri Kelantan di Pusat Latihan Jabatan Perhutanan Bukit Bakar, semalam.

Beliau berharap pembinaan dataran bernilai RM109,500 ribu itu akan menjadi sudut fotografi tercantik bagi pengunjung yang datang beriadah di sini bermula 1 Februari nanti.

Turut hadir, Pengerusi Jawatanasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam sekitar, YB Ustaz Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Kaya Setia, Dato’ Nazran Muhammad dan Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan, Abdul Khalim Abu Samah.