Home Kenyataan Media PAS Perlis

Perutusan takziah Ketua Pemuda PAS Perlis

339
SHARE

PERUTUSAN TAKZIAH KETUA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PERLIS

‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis (DPPNPs) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga atas pemergian Allahyarham Muhammad Aniq Ajmal Suhaimi.

Pemergian beliau merupakan kehilangan yang besar buat Jabatan Amal Malaysia Negeri Perlis (JAMNPs) atas sumbangan dan tinggalan jasa sepanjang hayatnya.

Selain komited dengan JAMNPs, Almarhum juga merupakan insan yang sentiasa mewakafkan seluruh tenaganya untuk Islam dan PAS. Semoga segala amal bakti almarhum diterima oleh Allah sebagai amal soleh.

Marilah sama-sama kita mendoakan keampunan dan rahmat untuk Allahyarham;

‎أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّار

Yang Benar,

USTAZ ASRUL AIMRAN ABD JALIL
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis
18 Januari 2022 / 15 Jamadilakhir 1443H