Home Berita PAS Kedah

MB Kedah turun berbuka puasa bersama rakyat

332
SHARE

KUALA KEDAH – Mencatat sejarah baharu bagi penduduk di Kuala Kedah apabila Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor hadir berbuka puasa bersama rakyat dalam Program Semarak Kasih Ramadan di Markaz PAS Kubang Rotan, baru-baru ini.

Majlis yang dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Timbalan Pesuruhjaya, Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi telah dimeriahkan dengan kehadiran seramai lebih 400 orang penduduk.
Dalam program tersebut, Haji Sanusi turut menyampaikan sumbangan kepada 30 orang penerima yang memerlukan terdiri daripada warga tua dan ibu tunggal.

Majlis ini diadakan bertujuan mengeratkan silaturahim antara rakyat dan pemimpin negeri serta menjalinkan hubungan bersama masyarakat setempat.

Turut hadir, ADUN Kuala Ketil, YB Mejar Mansor Zakaria.