Home Berita PAS Kedah

Ameerah Kedah santuni peniaga DUN Ayer Hitam

133
SHARE

JERLUN – Musim hujan yang melanda ini memberi cabaran kepada para peniaga mencari rezeki di Bazar Ramadan.

Memahami realiti ini, Ameerah Kedah tampil mengambil inisiatif untuk singgah dan terjah gerai-gerai di kawasan Jerlun dan membeli makanan-makanan mereka.

Seramai 18 orang Ameerah Kedah dan Jerlun hadir ke program santai ini sambil berkenalan, bersuai kenal dan memahami selok belok perniagaan mereka.

Pengarah Ameerah Kedah, Sharifah ‘Aliaa Syazwani Syed Roslan berkata, aktiviti Ameerah Singgah ini dijalankan bagi mengeratkan hubungan di antara mereka serta memberi pengalaman baharu berada di lapangan.

“Alhamdulillah, makanan-makanan yang dibeli dari peniaga tadi berjaya kami edarkan pada masyarakat setempat.

“Antaranya ialah nasi kandar, kuih muih dan air minuman. Biar sikit sama sikit, banyak sama banyak kita berkongsi rezeki dengan orang lain,” ujarnya.


Katanya, selepas aktiviti di bazar diteruskan dengan Program Ameerah Care yang menziarahi wanita muda di Unit Daerah Mengundi Gandai dan Jerlun.

“Inilah didikan yang Ameerah Kedah cuba usahakan. Menjiwai rakyat dan membantu semestinya merupakan kerja kami. Terima kasih buat semua penyumbang yang telah menyumbang untuk kelancaran program ini” katanya.