Home Berita PAS Kedah

MB Kedah sedia disiasat dakwaan ‘Pandu Uji’

166
SHARE

ALOR SETAR – Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor menyatakan kesediaan disiasat dan berhadapan proses undang-undang sekiranya tindakannya melanggar SOP sekatan pergerakan penuh (SPP) ketika ini.

Kelmarin, tular video dan gambar Sanusi didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) kononnya melakukan pandu uji kenderaan pacuan empat roda (4WD) Ford Raptor di Juru, Pulau Pinang.

Beliau mengesahkan sudah dihubungi pegawai penyiasat polis untuk mengadakan proses rakaman percakapan bagi menentukan jika berlaku sebarang pelanggaran undang-undang.

“Kalau kena kompaun saya akan bayar dan jika pekerja pusat pameran dikompaun, saya akan bayar juga,” katanya selepas melawat Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Dewan Al Farabi di sini, hari ini.

Menurut beliau, sama ada dirinya bersalah atau tidak bukan terletak kepada netizen atau penyokong mahupun pembenci kerana ia mesti ditentukan oleh penguat kuasa undang-undang.

Menurut Sanusi, beliau tidak melakukan sebarang pandu uji kenderaan sebagaimana didakwa kerana ketika itu singgah untuk membeli makanan di kedai serbaneka berdekatan kawasan berkenaan.

Jelasnya, beliau bersama pemandu dan pengiring peribadinya dalam perjalanan ke Kuala Lumpur pada jam 5.30 petang ketika itu kerana perlu menghadiri mesyuarat penting serta bertemu pelabur.

“Kebetulan ketika pemandu membeli makanan, saya keluar melihat kenderaan di sebelah kedai dan ada pekerja sedang mengalih kenderaan sebelum menyapa dan bersembang bersamanya sebentar.

“Lelaki itu memperkenal diri sebagai ‘Mr Ong’ dan menerangkan jenis dan spesifikasi kenderaan dengan saya hanya duduk di kerusi penumpang hadapan dan pengiring saya duduk di belakang.

“Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) maksud pandu uji adalah ujian prestasi kenderaan, tetapi saya tidak melakukan pandu uji dan ketika cuba melihat kenderaan lain, baharu sedar ada individu sedang merakam kami,” ujarnya.

Menjelaskan mengenai penggunaan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire milik Syarikat Air Darul Aman (SADA) dinaiki oleh beliau berkata ia diguna berikutan kapasitinya sebagai Pengerusi SADA