Home Berita PAS Perlis

PAS Perlis anjur ‘Munajat Rakyat’

162
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

KANGAR, 7 Jun: Badan Perhubungan PAS Negeri Perlis akan mengadakan Munajat Rakyat pada hari Khamis, 10 Jun nanti.

Pesuruhjayanya Mohd. Shukri Ramli berkata, seluruh ahli, penyokong serta rakyat negeri ini adalah dianjurkan untuk sama-sama menjayakan munajat berkenaan.

“Saya mengajak semua ahli dan penyokong serta umat Islam di negeri ini untuk sama-sama memohon kepada Allah agar menyelamatkan Malaysia daripada bencana Covid-19 yang semakin mengganas pada ketika ini.

“Didoakan juga buat Tuan Guru Presiden PAS (Dato’ Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang) yang kini sedang dirawat di IJN agar dikurniakan kesembuhan untuk terus memimpin ummah,” katanya ketika dihubungi di sini pagi ini.

Menurutnya lagi, munajat berkenaan boleh dibuat secara persendirian mahupun secara berjemaah di kediaman masing-masing berikutan pelaksanaan PKP penuh yang sedang berkuatkuasa.

“Bermula dengan puasa sunat (Khamis), para peserta munajat akan mengadakan solat Maghrib, solat Sunat Hajat dan solat Isyak di kediaman masing-masing.

“Kemudian diikuti dengan bacaan Yaasin yang akan dipimpin oleh Dewan Ulamak PAS Perlis secara atas talian,” ujar beliau.