Home Berita PAS Kelantan

MB, Exco, 300 yang lain sertai Gerakan Anti Rasuah

600
SHARE

MENTERI Besar, Ustaz Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob dan semua anggota Exco di Kelantan turut menyertai Gerakan Revolusi Anti Rasuah (GERAH).

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, sebelum ini Ketua Menteri Melaka dan Menteri Besar Negeri Sembilan mengisi GERAH.

“Namun ia hanya bersifat perseorangan, berlainan di Kelantan di mana semua kepimpinan kerajaan negeri menyertai GERAH.

“Ia mempunyai manfaat penyertaan yang akan diumumkan pada Oktober depan sempena jubli emas SPRM,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di Hotel Perdana hari ini.

Pada majlis itu sebanyak 137 agensi kerajaan persekutuan dan 70 agensi kerajaan negeri melafaz bacaan ikrar.

Bacaan disertai 300 peserta diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan, Yahya Mamat. – HARAKAHDAILY 16/8/2017