Home Berita PAS Kelantan

MB dan isteri agihkan juadah berbuka

28
SHARE

oleh Nik Azman Nik Mustafa

TUMPAT, 9 Mei: Menteri Besar, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob dan isteri Datin Bentara Kanan Siti Zabidah Ab Hamid mengagihkan juadah berbuka puasa kepada seramai 2,000 orang secara pandu lalu di Perkarangan Wisma Ibaadurrahman, Paloh pada Majlis Agih Juadah Berbuka Puasa petang semalam.

Program ini merupakan rutin tahunan Majlis Tindakan DUN (MTD) Pasir Pekan pada bulan Ramadhan yang dikhususkan kepada penduduk di kawasan DUN Pasir Pekan.