Home Berita PAS Perlis

ADUN, NGO hargai aktivis masyarakat

176
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

ARAU, 9 Mei: Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Guar Sanji mengadakan Majlis Penghargaan ‘Jasamu Dikenang’ yang berlangsung pagi tadi sebagai meraikan jasa serta sumbangan para aktivis masyarakat di DUN tersebut.

Program berkenaan dianjurkan dengan kerjasama NGO Guar Sanji Care (GS Care), GS Prihatin dan Majlis Tindakan DUN Guar Sanji.

 

Seramai 62 orang penerima sumbangan terdiri daripada para imam, amil masjid, guru PASTI dan guru Al-Quran, telah diraikan dalam majlis yang diadakan di Markas PAS Semut Gatal, dekat sini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Sanji, Ustaz Mohd. Ridzuan Hashim.

Dalam ucapannya, beliau mengingatkan semua pihak akan peranan membangunkan ummah terutamanya pada ketika negara sedang berhadapan dengan wabak Covid-19.

Selain itu, beliau turut menyatakan penghargaannya kepada para aktivis masyarakat atas sumbangan serta bakti yang telah mereka berikan kepada masyarakat khususnya yang tinggal di DUN Guar Sanji.