Home Artikel PAS Melaka

Mas Ermieyati edar sumbangan untuk frontliner SJR

470
SHARE

Oleh : Adam Baba

MASJID TANAH, 24 Jan : Ahli Parlimen Masjid Tanah, YB Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin telah mengedarkan sumbangan berbentuk makanan kepada petugas frontliner di beberapa sekatan jalan raya (SJR) sekitar Daerah Alor Gajah, di sini, petang semalam.

Sebanyak 20 pek makanan diedarkan yang terdiri daripada air mineral, lemang dan rendang ayam itu telah disediakan oleh Srikandi Bersatu Bahagian Masjid Tanah.

Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Masjid Tanah, Nàzri Ramli adalah antara lima orang petugas yang terdiri daripada aktivis Bersatu dan PAS sama-sama membantu dalam edaran yang bermula jam 5 petang.

Sumbangan daripada Perikatan Nasional (PN) Masjid Tanah itu melibatkan beberapa SJR antaranya SJR Simpang Ampat Alor Gajah dan SJR Kuala Linggi berdekatan Jambatan Tanjung Agas sempadan Melaka-Negeri Sembilan.