Home Berita PAS Kedah

Mantapkan pengurusan bencana lebih berkesan

125
SHARE

Oleh: MUHAMMAD IQBAL

KEMAMAN, 3 Jun –  Pengurusan untuk operasi bencana perlu dimantapkan agar tidak berlaku pembaziran tenaga, sumber dan kos dalam menguruskan sesuatu operasi bantuan bencana.

Shaifuddin Rosli, ahli jawatankuasa Khidmat Malaysia Negeri Kedah berkata antara pembaziran sumber yang berlaku ialah pertindihan tugasan antara agensi kerajaan, NGO dan Khidmat Malaysia sendiri.

“Kita perlu kenalpasti apa jenis perkhidmatan yang mampu Khidmat Malaysia tawarkan mengikut kapasiti petugas yang rata-ratanya adalah sukarelawan bukan sepenuh masa,”katanya.

Beliau yang lebih  dikenali sebagai Chef Din berkata pelarasan antara semua pihak terlibat dalam pengurusan bencana perlu dimantapkan dan saling bekerjasama agar mangsa bencana dapat dibantu secara lebih sistematik dan tersusun.

“Tidak dinafikan setiap agensi atau NGO perlu menonjolkan peranan masing-masing untuk dilaporkan tetapi pelarasan  penting bagi mengelakkan pertindihan pemberian sumbangan atau bantuan,” ujarnya..

Beliau ditemui semasa menyertai Program Himpunan Petugas Bencana Khidmat Malaysia (HEBAT 3.0) yang dihadiri oleh peserta daripada seluruh Malaysia di sini, hari ini.

Program selama tiga hari ini akan dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mohktar, Menteri Besar Terengganu dan penutup YB Hajah SitiZailah Mohd Yusoff, Timbalan Menteri Wanita, Kebajikan dan Masyarakat merangkap Pengerusi Khidmat Malaysia. – Unit Media PAS Kedah