Home Berita PAS Sabah

Penduduk pulau hargai sumbangan wakaf al-Quran

184
SHARE

Oleh: Salmiah Ismail
3 Jun 2022

BATU SAPI : PAS Kawasan Batu Sapi telah menyampaikan sumbangan 100 naskah al-Quran wakaf kepada masyarakat di pulau sekitar Batu Sapi, semalam.

Salah seorang penerima, Azizul Apa, mengucapkan ribuan terima kasih kepada PAS atas keprihatinan dan kesudian menyampaikan wakaf al-Quran ke kampung mereka.

“Kami berharap dengan pemberian al-Quran ini lebih mudahkan penduduk kampung belajar serta membaca al-Quran.

“Kami sangat menghargai dan akan memanfaatkan sumbangan al-Quran yang telah diberikan ini dengan sebaiknya,” ujarnya yang merupakan salah seorang anak jati Kampung Pulau Shanghai.

Menurut Naib Yang Dipertua PAS kawasan, Norsah Bongsu, serahan ini melibatkan Pulau Shanghai, Pulau Simagun, Pulau Sirabut, Pulau Upak, Kg Terusan Baru, Kg Baru dan Kg Simura.

“Dengan edaran ini diharap lebih menyuburkan lagi amalan wakaf yang merupakan sedekah jariah yang amat dituntut dalam Islam,” ujarnya yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Sabah.

Selain itu, Norsah turut mengharapkan semua penerima dapat menjadikan al-Quran sebagai peneman dan dibaca setiap hari, supaya mendapat syafaat di kemudian hari.

“Sumbangan ini merupakan wakaf orang ramai untuk tuan dan puan jadi sama-samalah kita mendoakan semoga mereka yang menyumbang sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah,” ujar beliau lagi.