Home Berita PAS Perak

Muslimat Teluk Intan kenang jasa guru

64
SHARE

Oleh : Siti Aseelah Mohd Noor

TELUK INTAN, Lajnah Pendidikan Muslimat Teluk Intan menghargai jasa guru dengan mengunjungi beberapa buah sekolah berhampiran sempena Sambutan Hari Guru Mei lalu.

Program yang telah tertangguh beberapa ketika ini, diharap dapat mengeratkan silaturrahim antara pihak sekolah dan guru khususnya dengan masyarakat setempat.

Yang DiPertua PAS Teluk Intan, Mohd Azhar Mohd Rafaei ketika menyampaikan sumbangan kek kepada pentadbir sekolah yang terpilih berpesan bahawa sebaik- baik manusia adalah orang yang paling bermanfaat kepada orang lain.
Guru merupakan insan istimewa kerana menepati maksud hadith tersebut.

Sebanyak 7 buah sekolah rendah dan menengah telah menerima sekotak kek setiap satu, antaranya SMK Abdul Rahman Talib (SMART), SMK Seri Perak, SK. Dato’ Yahya Subban, Sekolah Rendah Al Munir, SK. Seri Setia, SK. Selabak dan SK. Perempuan Methodist.

Ketua Lajnah Pendidikan Muslimat, Fadhilah Che’ Hassan berkata, “InsyaAllah program ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang dengan beberapa penambahbaikan seperti menambah lagi bilangan sekolah untuk dikunjungi dan mempelbagaikan lagi bentuk sumbangan.”

Beliau juga menzahirkan penghargaan kepada PAS Kawasan Teluk Intan kerana dapat hadir (walaupun) dalam kekangan waktu setelah berpenat menyelesaikan sambutan Hari Raya peringkat Negeri dan Kawasan yang dilaksanakan berselang hari.

Turut hadir, Ahli Majlis Bandaran Teluk Intan, Hamisah Abas, Ketua Lajnah Pendidikan PAS Teluk Intan, Mahyuddin Mohd Yusuf dan ahli jawatankuasa yang lain.