PANTAI IRAMA, 6 Jan: Mantan Penghulu Mukim Telong, Ramli Awang diraikan dalam majlis ringkas sempena persaraannya di Pusat Khidmat DUN (PKD) Pantai Irama, semalam.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Irama, YB Mohd Huzaimy Che Husin, majlis ini diadakan sebagai penghargaan kepada beliau yang telah banyak menyumbang bakti kepada masyarakat sepanjang berkhidmat sebagai penghulu selama 27 tahun.
Ramli berkhidmat sebagai Penghulu dari era Allahyarham Dato’ Omar Mohamad sebagai ADUN Perupok dan YB Mohd Huzaimy sebagai ADUN Pantai Irama.
Menurut Ramli, pengalaman berkhidmat dengan dua wakil rakyat sepanjang tempoh itu cukup banyak dan amat menarik untuk dikongsi.