Home Berita PAS Melaka

Lensa WARM | Edaran sumbangan banjir Al Azhar Care di Sungai Rambai

93
SHARE

Oleh IBNU JANIE
Foto ABU ANAS

JASIN, 9 Jan: Pesuruhjaya PAS Melaka, Tuan Guru Zulkifli Ismail telah menyampaikan sumbangan oleh Al Azhar Care untuk mangsa-mangsa banjir di Sungai Rambai, di sini, petang semalam.

Rombongan NGO ini diketuai oleh Timbalan Presidennya, Ustaz Aizaruddin Sabri telah menyampaikan sumbangan dalam bentuk wang tunai buat 64 keluarga mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK Sungai Rambai dan wang tunai bersama sejadah buat 11 keluarga di PPS SK Parit Penghulu.

Al Azhar Care, adalah sebuah NGO yang ditubuhkan oleh para asatizah bekas penuntut-penuntut Universiti Al Azhar Mesir bagi menjalankan kerja-kerja kebajikan di dalam dan luar negara.

Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya (TPJ) 1 PAS Melaka, Bakri Jamaluddin, TPJ 2, Ustaz Imran Abdul Rahman, Pengarah Khidmat Malaysia Melaka, Muhamat Puhat Bedol, Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin, Abdul Karim Kassim, Pengarah JPrd Sungai Rambai, Zakaria Kasnin dan AJK PAS Kawasan Jasin, Zainuddin Latif.

Berikut adalah foto-foto menarik terakam di Lensa WARM:

Rombongan Al Azhar Care dan pimpinan yang menyertai program ini berkumpul di Markaz PAS DUN Sungai Rambai

Tuan Guru Zulkifli Ismail menyampaikan taujihat dan sumbangan wang tunai Al Azhar Care di PPS SMK Sungai Rambai

Tuan Guru Zulkifli Ismail diminta Penyelaras PPS SMK Sungai Rambai sambil diaminkan mangsa banjir

Menyampaikan sumbangan wang tunai dan sejadah untuk 11 keluarga di PPS SK Parit Penghulu

Frontliners di PPS Parit Penghulu turut menerima sumbangan sejadah