Home Berita PAS Kelantan

Mangsa ribut terima kunjungan ADUN Panchor

12
SHARE

PADANG TEMBAK, 25 Jul: Mangsa kejadian ribut disini, hari ini menerima kunjungan ADUN Panchor, Dato’ Mohd Amar yang meninjau keadaan kediaman dan mangsa yang terbabit dalam kejadian tersebut.

Sebanyak 80 buah rumah di Padang Tembak telah mengalami kerosakan akibat ribut yang melanda petang isnin lalu, iaitu sehari sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidil Adha.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan turut menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa tersebut melalui wakil penduduk. Beliau berkata. “Ujian kepada rumah yang terlibat ini juga, merupakan ujian kepada kita semua.
Ujian kepada jiran yang bernasib baik, untuk sama-sama membantu. Ujian kepada kami untuk memastikan nasib rakyat terbela. Semua kita ada peranan. Allah SWT datangkan ujian satu persatu, untuk meningkatkan keimanan kita kepadaNya”.

Beliau turut meluangkan masa menziarahi sebuah rumah di Mukim Chicha Menyabong dan Mukim Senang. Beliau turut menyampaikan sumbanagan kepada isi rumah tersebut. “Semoga sedikit sumbangan awal dari pelbagai pihak yang telah dan akan diterima selepas ini mampu memberikan sedikit kegembiraan”, ujar beliau sebelum menamatkan siri lawatan tersebut.