Home Berita PAS Kelantan

Ahli Parlimen Tumpat agihkan bantuan PEMULIH

20
SHARE

Oleh NIK AZMAN NIK MUSTAFA

TUMPAT, 25 Jul: Ahli Parlimen Tumpat yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, YB Dato’ Che Abdullah Mat Nawi bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelaboran, YB Mohd Adanan Hassan menyampaikan bantuan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) kepada keluarga yang terkesan pandemik COVID-19 dalam DUN Kelaboran, semalam.

Menurut YB Dato’ Che Abdullah, melalui pakej bantuan PEMULIH berjumlah RM 150 bilion seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri baru-baru ini, setiap Ahli Parlimen diperuntukkan sebanyak RM 300 ribu.

Katanya, dii Parlimen Tumpat, peruntukkan itu telah diagihkan melalui empat DUN dan penghulu-penghulu bagi memudahkan proses pengagihan bantuan.

Berhubung perkara yang sama, beliau berharap melalui bantuan ini sedikit sebanyak akan dapat membantu rakyat dalam situasi sekarang.