Home Rencana PAS Melaka

Pena editor Melaka | Berita baik, Melaka bakal miliki Taman Laut Negara

88
SHARE

SEMALAM Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah, mengumumkan bahawa tiga buah pulau di Melaka iaitu Pulau Undan, Pulau Dodol dan Pulau Nangka dicadang untuk diwartakan sebagai Taman Laut Negara yang terbaru di negara ini.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Jasin berkata pemilihan tiga pulau ini adalah berikutan kawasan ini mempunyai ekosistem terumbu karang yang baik, termasuk daripada spesies karang yang terdedah kepada kepupusan.

Katanya, ia sekali gus bakal menjadi Taman Laut Negara pertama diwartakan di Melaka dan berdiri setanding 42 buah taman laut lain yang ada di seluruh negara.

Bagi penulis ini merupakan satu khabar gembira buat rakyat Melaka. Ia sesuatu yang sangat istimewa kerana di dalam Malaysia setakat ini hanya lima negeri sahaja yang mempunyai kawasan berstatus Taman Laut Negara iaitu Kedah, Johor, Pahang, Terengganu dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Sekiranya ia dimuktamadkan suatu hari nanti, ia akan menjadi tarikan baharu kepada pelancong-pelancong yang ingin berkunjung di Negeri Melaka.

Antara kemudahan yang bakal menjadi tarikan ialah pewujudan zon untuk aktiviti scuba diving dan snorkeling di kawasan itu. Ini akan menarik peminat-peminat sukan ini untuk datang ke Melaka.

Pulau Undan (Kredit foto : Facebook Datuk Seri Ahmad Hamzah)

Semua ini bakal membawa limpahan rezeki buat penduduk tempatan yang boleh menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan bersesuaian bagi menyokong aktiviti di Taman Laut Negara ini.

Sekiranya ia menjadi kenyataan nanti maka ia akan menambah satu lagi produk pelancongan menarik bagi negeri ini. Ia menjadikan Negeri Melaka sebuah negeri pelancongan yang sempurna bagi menggamit pelancong dari dalam dan luar negara.

Ia akan merealisasikan moto bahawa melawat Melaka benar-benar bererti melawat Malaysia.

IBNU JANIE
EDITOR
Berita PAS Melaka dan WARM

Kredit foto : Facebook Datuk Seri Ahmad Hamzah

PENGUMUMAN KHAS JKN MELAKA

JKN Melaka telah mengumumkan bahawa bermula 30 Ogos individu di Negeri Melaka yang berusia 50 tahun ke atas yang belum mendapat tarikh temujanji dalam aplikasi Mysejahtera boleh melakukan ‘walk in’ ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam seperti di infografik dari jam 8.00 pagi hingga 1 tengahari.

Seramai maksimum 50 orang individu boleh melakukan ‘walk ini’ pada setiap hari di setiap PPV.

Namun bagi individu yang telah menerima tarikh temujanji, jabatan itu menasihatkan mereka agar patuh tarikh temujanji yang telah diberi.