Home Berita PAS Melaka

Maksimum 100 orang solat Jumaat di masjid – JAIM

385
SHARE
Pengarah JAIM, Dato’ Che Sukri Che Mat

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 21 Mei : Maksimum 100 orang jemaah sahaja dibenarkan bagi mendirikan solat Jumaat di masjid manakala di surau Jumaat pula maksimum adalah seramai 50 orang.

Bagi solat fardu berjemaah pula maksimum ialah 20 orang bagi masjid manakala bagi surau pula maksimum 10 orang termasuk pegawai masjid atau surau dan jawatankuasa.

Sementara untuk solat jenazah yang didirikan di masjid, maksimum 20 orang jemaah manakala di surau pula maksimum ialah 10 orang jemaah termasuk pegawai masjid atau surau dan waris.

Demikian dinyatakan pihak Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam satu pekeliling terbaru berkaitan garis panduan terkini pengimarahan masjid dan surau negeri Melaka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kerajaan Negeri Melaka melalui Jabatan Agama Islam Melaka bersetuju mengeluarkan ketetapan baharu berkaitan pengimarahan masjid dan surau di Negeri Melaka ini berdasarkan kepada situasi semasa dan peningkatan jangkitan wabak di negeri dan negara ini.

“Pekeliling ini membatalkan pekeling yang berkaitan pengimarahan masjid dan surau yang pernah dikeluarkan (JAIM) sebelum ini,” kata surat itu.

Menurut surat itu lagi, arahan terbaru ini berkuatkuasa 21 Mei sehingga 7 Jun 2021 atau sehingga apa-apa tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Surat pekeliling dengan nombor rujukan – JAIM 1/223/7/4-2 Jld.2 ( 5) bertarikh 20 Mei 2021 ini ditandatangani oleh Pengarah JAIM, Dato’ Che Sukri Che Mat dan dimuat naik di laman Facebook JAIM petang semalam.

 

AKIKAH MAKKAH EMRANSYAH

 

.         SAMBAL IBU SARI        .