Home Artikel PAS Melaka

Makluman Berita Palsu MKN Terkini

338
SHARE

Sebentar tadi laman Telegram Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah membuat satu kenyataan berkaitan beberapa maklumat yang tersebar di media sosial yang disahkan palsu. Berikut ialah kenyataan penuh MKN :-

PEMAKLUMAN BERITA PALSU

Berikut merupakan PENAFIAN tentang beberapa berita yang tular di media sosial:

1. Hospital Pakar Sultan Fatimah (HPSF), Muar menafikan bahawa terdapat staf HPSF positif Covid-19.

2. Pengarah Hospital Selayang menafikan pihaknya ada menerima sumbangan wang sebanyak RM 160,000.00 untuk pembelian ventilator. Ini berikutan dakwaan berita yang tular mengatakan Zurich Malaysia telah menderma RM 160,000.00 kepada Hospital Selayang untuk membeli ventilator.

3. KKM menjelaskan berita tentang bantuan perubatan untuk Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebenarnya adalah inisiatif NGO.

Pasukan Respon Pantas
KKMM
27 Mac 2020│10.00 pagi

Kredit sumber : Laman Telegram Majlis Keselamatan Negara (MKN)