Home Artikel PAS Kelantan

Makin ramai sertai PAS di Dun Salor

697
SHARE

KOTA BHARU: Sejak Adun Salor Dato’ Husam Musa menyertai Parti Amanah Negara (PAN) semakin ramai penduduk di kawasan berkenaan menyertai PAS.

Pada Sabtu lepas tujuh lagi penduduk menyerah borang menyertai PAS sempena program Cakna Rakyat di Kampung Seberang, Salor.

Penyerahan borang itu disampaikan pemimpin veteran cawangan Pendek, Hasbullah Awang Ahmad, 73 kepada anggota Exco kerajaan negeri, Dato’ Hanifa Ahmad.

Hasbullah yang juga Ketua Unit Peti Undi (UPU) terbabit berkata, penyerahan borang menyertai PAS itu merupakan kali kedua di Dun Salor. Pada Januari lalu PAS Dun Salor menerima 27 permohonan menyertai parti tersebut.

“Mereka sebelum ini tidak pernah menyertai mana-mana parti politik lain. Namun hari ini membuat keputusan menyertai PAS atas kesedaran sendiri.

“Mereka juga melihat kesungguhan jentera PAS di peringkat cawangan yang bekerja ikhlas dan komited menjulangkan Islam,” katanya ketika ditemui pada program berkenaan.

Situasi yang berlaku di Salor hampir sama dengan Dun Pasir Pekan apabila bekas pemimpin Cawangan PAS Kampung Laut, Nordin Adam menyertai PAN, semakin ramai penduduk menyertai PAS. Perkembangan yang berlaku itu memberi suntikan baharu kepada PAS Dun Salor bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14 tidak lama lagi.

Turut hadir pada program berkenaan Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Salor, Ibrahim Isa; Timbalannya, Mohamad Nuri Mat Yaacub dan Setiausaha MTD Salor, Hassan Ibrahim.

Sebanyak 13 UPU Dun Salor terlibat bagi menjayakan program berkenaan.

Nuri pula berkata, PAS Kubang Kerian memberi tumpuan khusus kepada Dun Salor bagi mengembalikan semula sokongan rakyat.

Katanya, kekeliruan dalam kalangan ahli dan penyokong yang berlaku ekoran Adun Salor menyertai PAN kini tidak berbangkit lagi.

“Malah gerak kerja bersama rakyat semakin giat dijalankan dengan sokongan Penyelaras Dun Salor Mejar (B) Dato’ Md Anizam Abdul Rahman,” katanya.

{jathumbnail off}