Home Naib Presiden 3

Wujudkan lebih banyak cawangan Hijau.FM

192 views
SHARE

AMPANG: PAS harus mempunyai suatu produk yang mana orang ramai sentiasa nanti-nantikan untuk didengari termasuklah berita-berita sahih lagi tepat mengenai parti itu sendiri.

Menurut Naib Presiden PAS YB. Dato’ Iskandar Abdul Samad, para pendengar kini mahu kepada sesuatu yang berbeza daripada radio arus perdana yang ada pada hari ini di mana rata-ratanya adalah kepunyaan kerajaan dan swasta.

“Oleh yang demikian saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dan berharap akan wujud lebih banyak cawangan Hijau.fm khusus untuk negeri Selangor dan juga negeri-negeri lain.

Sebagai langkah permulaan, mungkin boleh digerakkan dengan satu slot berdurasi dua atau tiga jam sehari hanya untuk negeri-
negeri seluruh Malaysia,” ujar beliau kepada Harakah usai Majlis Apresiasi Hijau.fm Bersama Tok Guru di Hotel De Palma, Ampang Selangor pada 8 April yang lalu.

Katanya dalam arus media baharu, platform radio yang boleh didengari secara online itu dilihat amat penting kerana orang ramai jarang menonton televisyen atau mendengar radio sep ertimana yang biasa dilakukan dahulu.

{jathumbnail off}