Home Berita PAS Kedah

Majlis berbuka puasa bersama Tuan Guru Presiden, semua dijemput hadir

159
SHARE

Alor Setar. 28 MAC – Semua dijemput hadir untuk ke Majlis Berbuka Puasa bersama Tuan Guru Presiden yang akan berlangsung pada 1 April ini di Kompleks PAS Kedah.

Pada hari yang sama, ceramah Penghayatan Nuzul al-Quran oleh Tuan Guru Presiden akan turut diadakan selepas solat terawih dilaksanakan. Dianggarkan akan bermula pada jam 9.30 malam.

Program anjuran Badan Prhubungan PAS Kedah ini akan bermula seawal jam 5 petang dengan aturcara Tadarus Perdana Muslimat dan Himpunan Tuan Guru Pondok. Jadi di kesempatan ini, kami ingin mengajak kepada semua muslimat untuk turun bersama-sama bagi menjayakan majlis Tadarus Perdana Muslimat ini.

Kita disunahkan untuk khatam al-Quran pada Ramadan seperti dilakukan Rasulullah SAW yang akan bertemu Jibril untuk membacakan kepadanya al-Quran. Sudah menjadi amalan umat Islam mengambil kesempatan pada bulan Ramadan yang penuh keberkatan dan rahmat ini untuk mengkhatamkan al-Quran.

Bagi majlis berbuka puasa pula, tetamu yang dihadir digalakkan untuk membawa port luck. Tetapi jangan risau, juadah utama tetap disediakan.

Jadi jom kita hadir beramai-ramai untuk memeriahkan majlis di samping mengambil keberkatan ulamak yang hadir dan bulan Ramadan itu sendiri.

Tentatif penuh boleh dirujuk pada poster.