Home Berita PAS Sabah

Perkasakan dakwah, Perkukuh perpaduan ummah

64
SHARE

Oleh : Nur Syarifah Ariffin
28 Mac 2023

TAWAU: Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah kali ke 33 telah berlangsung di Hotel Emas di sini, Sabtu lepas.

Menurut pengarahnya, Wardah Jaafar, muktamar kali ini lebih istimewa kerana dilaksanakan pada bulan Ramadan, bulan perjuangan yang mengajar kita untuk terus berlumba membuat kebaikan kerana di sini terbentuknya medan dan madrasah tarbiah dalam diri.

Beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Kalabakan menyatakan, tema β€˜Perkasakan Dakwah ,Perkukuh Perpaduan Ummah adalah sinonim dengan matlamat kita untuk perbaiki gerak kerja dalam lapangan.

“Justeru ahli mesyuarat yang hadir diminta untuk berlapang dada bersama mencari solusi di setiap perbincangan para pimpinan,” ujarnya.

Muktamar telah dirasmikan oleh Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Salamiah Mohd Nor.

Muktamar telah menganugerahkan kepada ahli yang menunjukkan kecemerlangannya. Anugerah Istiqamah diberikan kepada Hajija Amsari atas sumbangannya dalam gerak kerja yang komited dan berterusan. Beliau memegang jawatan Pengerusi Lajnah Pendidikan, Dewan Muslimat PAS Sabah.

Manakala Anugerah Muslimat Muda pula anugerahkan kepada Laila Ismail yang banyak membantu gerak kerja di peringkat kawasan dan juga negeri. Beliau merupakan Ketua Penerangan, Dewan Muslimat PAS Sabah.

Bagi Anugerah Lajnah Aktif pula dimenangi oleh Lajnah Penerangan Dan Media Baharu yang banyak membantu memberi penerangan dengan cemerlang terutamanya ketika Pilihanraya Umum lalu.

Seterusnya bagi anugerah Dewan Muslimat PAS Kawasan (DMPK) yang aktif disandang oleh DMPK Tawau. DMPK itu paling awal ditubuhkan dan mempunyai ahli aktif yang memberangsangkan. Gerak kerja mereka juga banyak melibatkan masyarakat Tawau khususnya.

Turut hadir dalam majlis Ketua Briged PAS Malaysia, Nuri Muhammad, Timbalan pesuruh Jaya 2 Negeri Sabah, Sahar Majid dan Ketua Penerangan PAS negeri Ahmad Dullah