Home Berita PAS Kedah

MaiReka Kedah- Medan anak muda asah bakat bidang teknologi

51
SHARE

Oleh AMIRUL ASYRAF 

Alor Setar, 24 Okt – Program pameran dalam talian #MyDigitalMaker “MaiReka” 2021 dilihat mampu menjadi medan golongan muda mengasah bakat bidang teknologi digital.  

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Kedah Wan Romani Wan Salim berkata program itu merupakan usaha kerajaan untuk mendidik anak muda di negeri ini supaya menjadi seorang pengiat teknologi.  

“Antara matlamat lain program ini adalah supaya anak muda dapat menyalurkan daya kreativiti mereka ke tempat yang betul” katanya ketika berucap merasmikan program itu secara maya hari ini.  

Menurut Romani lagi, program yang akan berjalan selama 5hari itu mengandungi tiga modul utama iaitu Bengkel, Seminar dan Pertandingan.  

Program tahunan anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) itu, julung kali diadakan di Kedah dengan kerjasama kerajaan negeri dan beberapa institusi pendidikan dan institusi pengajian tinggi.