Home Kenyataan Media PAS Kedah

Kenyataan Media PAS Jerlun : PAS Jerlun fokus mantapkan MN dan perkasakan PN

68
SHARE

Oleh DR ABD GHANI AHMAD

JERLUN, 25 Okt : PAS Kawasan Jerlun telah selesai mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-60 pada 17/10/2021 Yang lalu. Dalam pemilihan AJK Sesi 2021/2023, terdapat muka baru yang membarisi  Kepimpinan PAS Kawasan Jerlun terutamanya di kalangan Pemuda dan Muslimat yang diberi tempat oleh para perwakilan daripada PAS Cawangan-cawangan.

Malam tadi, PAS Kawasan Jerlun telah mengadakan Mesyuarat AJK Kali Pertama Sesi 2021-2023 di Markaz PAS Kawasan Jerlun. Gandingan muka baru dan lama telah mewarnai Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Jerlun kali ini dilihat  lebih bertenaga bagi menghadapi PRU-15.

Pelantikan Sdr Abu Hanifah Bin Abu Hassan sebagai Setiausaha dan Ust Abdul Hadi Omar sebagai Ketua Penerangan yang kedua-duanya terdiri di kalangan orang muda akan memantapkan lagi pentadbiran dan pengurusan jamaah serta menyerlahkan lagi kefahaman terhadap perjuangan PAS khasnya di kalangan orang muda melalui media sosial.

Selain itu, PAS Kawasan Jerlun konsisten untuk memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN) dan pada masa sama mempertahankan Perikatan Nasional (PN).

PAS Kawasan Jerlun akan mengadakan pertemuan bersama UMNO Bahagian Jerlun dan PPBM Bahagian Jerlun bagi membina ukhuwah yang mantap untuk merealisasikan hasrat pimpinan PAS Pusat.

Politik berteraskan ajaran Islam ialah meramaikan kawan, mengurangkan musuh dan memerlukan toleransi dalam apa juga kerjasama demi kepentingan ummah.

“Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat”