Home Artikel PAS Kedah

MADAR Mercu Baharu Pendidikan Islam di Padang Terap

91 views
SHARE

Maahad Tahfiz Darul Murabbi (MADAR) Kg Barokhas Kuala Nerang merupakan mercu baharu memenuhi peta pendidikan Islam khususnya dalam bidang Al Quran di Daerah Padang Terap.

Penubuhan MADAR ini seiring dengan perkembangan pesat pendidikan Islam di dalam negara kita.Masyarakat mahukan sistem pendidikan Islam yang berteraskan Al Quran dan As Sunnah yang boleh menjadi jatidiri terkuat didalam generasi muda.

Mengangkat tema Ke Arah Melahirkan Al Hafiz Muda Yang Murabbi, MADAR bukan sekadar menghabiskan hafazan 30 juzuk Al Quran selama 3 tahun dikalangan bakal pelajar-pelajarnya,bahkan jauh kehadapan MADAR bermatlamatkan mahu melahirkan Al Hafiz Al Quran yang mampu menterjemahkan isi kandungan Al Quran dalam bentuk gerak kerja dakwah Islam kepada masyarakat.

Program latihan kepimpinan, pembinaan kualiti pemimpin dan karektor kepimpinan Rasulullah s.a.w, modul pengurusan masa dan program antara intipati yang bakal bergerak didalam silibus MADAR.

Pengerusi MADAR ,Ustaz Nurul Amin Bin Hamid memaklumkan bahawa MADAR dirancang akan mula membuat pengambilan pelajar pada tahun ini dan mula sessi pengajian pada tahun 2020.

Banggunan MADAR menggunakan Kompleks PAS Padang Terap di Kg Barokhas Kuala Nerang yang terdiri daripada satu bilik asrama, satu bilik kuliah dan satu bilik makan.

Untuk gerak kerja semasa, MADAR sedang giat berusaha mencari dana untul menyiapkan fasa terakhir bangunan tersebut meliputi pemasangan pintu,syiling,tingkap, lantai dan kerja mengecat bilik.

Pihak MADAR mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan untuk merealisasikan MADAR sebagai mercu baharu di Padang Terap.Sumbangan boleh diberikan kepada pengerusi MADAR di talian 019-4042040.