Home Artikel PAS Sabah

Muktamar Tahunan Muslimat PAS Sabah kali ke-29 berlangsung harmoni

577
SHARE

Oleh : Laila Ismail
22 April 2019

SANDAKAN : Muktamar tahunan Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah (DMPNS) kali ke-29 telah berlangsung harmoni kemarin di Borneo Tree House, Tobobon.

Muktamar kali ini telah dihadiri oleh para perwakilan daripada seluruh negeri termasuk kawasan Tuaran sebagai tuan rumah disamping Sandakan, Silam,Tawau, Keningau, Batu Sapi dan lain-lain.

Muktamar Tahunan Muslimat PAS Negeri Sabah kali ini dirasmikan oleh Ketua Dewan Muslimat Malaysia, YB Senator Ustazah Hjh. Nuridah Binti Mohd Salleh dengan penuh harmoni disaksikan para jemputan yang hadir.

Turut hadir dalam program ini ialah wakil Wanita Umno Negeri Sabah, Datuk Hjh Jainab Bt Datuk Seri Panglima Ahmad Ayid berserta rombongan beliau daripada Puteri Umno Bahagian Sepanggar.

Tema “Muslimat AKIFI Sebagai Teras Kemajuan Ummah” dipilih bagi memastikan muslimat PAS dan masyarakat sentiasa berada dalam sistem organisasi yang tersusun, kuat dari segi akidah islamiyah dan mempunyai tarbiyah yang mantap dalam menghadapi ancaman liberal Yang semakin berkembang di era Malaysia Baharu.

Muktamar kali ini turut menganugerahkan 3 anugerah iaitu Anugerah Tokoh Istiqomah kepada Mandin Ladale, dari kawasan Tawau, Anugerah Siti Aisyah kepada Aisyah Ramada Ismail selaku Komanden Briged Muslimat Sabah serta Anugerah Lajnah Terbaik dirangkul oleh Briged Muslimat Sabah.