Home Artikel PAS Perlis

Penganjuran Street Soccer Serlahkan Permuafakatan Pemuda PAS – Umno

756
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR : Kejayaan penganjuran Kejohanan Street Soccer DUN Sena 2019 yang berlangsung pada 20 April lalu menyerlahkan permuafakatan yang wujud antara pemuda PAS dan Umno di negeri ini.

Meskipun berlaku perubahan lokasi pada saat-saat akhir, ia tidak sedikitpun menjejaskan kemeriahan kejohanan yang dianjurkan secara bersama oleh Pemuda Umno Kangar, Dewan Pemuda PAS Kawasan Kangar dan Pemuda Umno DUN Sena.

Selain itu, kehadiran Menteri Besar Perlis, Y.A.B. Dato’ Seri Azlan Man ke majlis penutup kejohanan turut menambah seri program yang berlangsung di dataran Kompleks PAS Perlis (KOMPAS) itu.

Menurut Timbalan Ketua Pemuda PAS Perlis, Dr. Saifizi Saidon kejayaan penganjuran program tersebut merupakan detik bersejarah bagi kedua-dua pihak ke arah menjayakan matlamat penyatuan umat Melayu-Islam khususnya di negeri ini.

Beliau turut menyifatkan sambutan menggalakkan yang diterima membuktikan respon positif golongan muda terhadap agenda penyatuan berkenaan.

Sebanyak 24 buah pasukan yang dibahagikan kepada lapan kumpulan telah berentap dalam kejohanan tersebut.

Pasukan TMK F.C telah muncul sebagai johan kejohanan dan naib johan menjadi milik pasukan Taman Guru Jaya B manakala tempat ketiga dikongsi bersama pasukan Taman Merpati B dan Al-Qassam.