Home Berita PAS Kedah

Maahad Tahfiz di Kuala Nerang antara yang ditenggelami banjir

150
SHARE

Oleh HANANI ABDULLAH

PADANG TERAP, 1 Okt – Maahad Tahfiz Ar-Rahman antara yang terjejas akibat banjir kilat yang berlaku di Kampung Kejei, di sini susulan hujan lebat sejak petang Selasa.

Selain itu, 15 lagi penempatan di Kampung itu turut dinaiki air.

Menurut sumber, banjir yang melanda Kampung Kejei kali ini adalah yang terburuk semenjak 1997.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada, YB Ustaz Salim Mahmood, banjir kali ini adalah berpunca daripada gangguan sistem saliran yang tersumbat.
Beliau ditemui ketika turun memberi sumbangan berupa barangan keperluan kepada mangsa banjir yang terlibat.

Sumber : FB Ustaz Salim Mahmood Al Hafiz