Home Berita PAS Melaka

Covid-19 Melaka | Tiada kematian dan kluster baharu hari ini

208
SHARE

Oleh IBNU JANIE

AYER KEROH, 1 Okt: Tiada kes kematian dan kluster baharu Covid-19 direkodkan di negeri Melaka hari ini seperti dilaporkan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi jabatan itu sebentar tadi.

Namun, sebanyak 378 kes positif baharu direkodkan hari ini, dengan 360 daripadanya adalah daripada kategori kes tempatan, tujuh kes daripada kes import B dan 11 kes daripada kategori banduan/OKT/PATI, kata laporan itu.

Menurut laporan itu lagi, daripada keseluruhan kes baharu itu juga, 200 kes dikesan di Daerah Melaka Tengah, 31 kes di Daerah Jasin dan 147 kes lagi dikesan di Daerah Alor Gajah.

Sebanyak 519 kes sembuh baharu direkodkan hari ini menjadikan sebanyak 5533 kes masih dirawat, berkurang berbanding 5678 kes semalam dengan 41 kes adalah daripada kes ICU dan 22 kes lagi daripada kategori bantuan alat pernafasan.

Laporan seluruh negara

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula melaporkan sebanyak 11,889 kes baharu direkodkan hari ini berbanding 12,735 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes ialah sebanyak 2,257,584 kes.

Sarawak masih mencatatkan kes tertinggi antara negeri iaitu sebanyak 2413 kes, diikuti oleh Selangor dengan 1568 kes, Johor (1217), Perak (959), Sabah (872), Kelantan (858), Pahang (831), Pulau Pinang (779), Kedah (710), Terengganu (699), Kuala Lumpur (289), Negeri Sembilan (167), Perlis (81), Putrajaya (36) sementara Labuan merekodkan dua kes sahaja.

PENGUMUMAN KHAS JKN MELAKA

JKN Melaka telah mengumumkan bahawa bermula 30 Ogos individu di Negeri Melaka yang berusia 50 tahun ke atas yang belum mendapat tarikh temujanji dalam aplikasi Mysejahtera boleh melakukan ‘walk in’ ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam seperti di infografik dari jam 8.00 pagi hingga 1 tengahari.

Seramai maksimum 50 orang individu boleh melakukan ‘walk ini’ pada setiap hari di setiap PPV.

Namun bagi individu yang telah menerima tarikh temujanji, jabatan itu menasihatkan mereka agar patuh tarikh temujanji yang telah diberi.