Home Berita PAS Kedah

Lima beradik hilang tempat bergantung

267
SHARE

OLEH : SITI AMINAH ZAMILUDDIN.

KUALA NERANG : Kasih ibu membawa ke syurga,kehilangan ibu tiada gantinya.Berat mata memandang,berat lagi bahu memikul….
Inilah yang sedang di rasakan oleh ke lima beradik yang mana mereka telah hilang tempat bergantung.

Arwah Hashimah Abdul Majid 43,pergi buat selamanya setelah hampir dua bulan lebih koma selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada bulan Ramadhan yang lalu.Arwah meninggalkan lima orang anak iaitu Nurfarra Asyikin 20, Mohd Hafiz Riduan 18,Nur Anis Amira 15 ,Nur Aina Amalina dan yg bongsu NurShafinas fareha 4 tahun.

Tim.Yang Di Pertua PAS Kawasan Padang Terap Yb.Hj.Munir Yusoff@Zakaria yang juga ADUN Kuala Nerang bersama Ustaz Habibullah Salleh Ketua Penerangan PAS kawasan juga Pengerusi PRIHATIN dan Ustaz Nurul Amin Abd.Hamid Ketua Pemuda PAS merangkap Pegawai Khas Menteri Besar Kedah telah turun menziarahi keluarga tersebut.

Menurut kata adik Nurfarra Asyikin,beliau dan adik-adik redho dengan pemergian ibu tersayang,walaupun sebenarnya mereka teramat sedih dengan kehilangan tempat kami bergantung.

Nurfarra Asyikin turut berjanji akan menjaga adik-adiknya dan tidak akan berpisah walau apa jua keadaan sekali pun seperti mana pesanan arwah ibu kepadanya.ujar beliau lagi.

Tersentuh di hati Yb dan pimpinan yang lain apabila mendengar luahan hati kecil anak arwah.Yb turut menghulurkan sedikit barangan keperluan dan saguhati buat mereka lima beradik.

“Semoga anak-anak ini yang baru sahaja kehilangan ibu tercinta sentiasa di permudahkan oleh Allah dan di berikan kekuatan serta tabah mengharungi kehidupan tanpa ibu di sisi.” ujar ketua Pemuda Ust.Nurul Amin.

Moga arwah di tempatkan bersama orang-orang yang solihin.Aminn…
Al-fatihah…(di baca)