Home Artikel PAS Kelantan

Lepasan PPWK raih RM5,000 sebulan

164 views
SHARE

KOTA BHARU: Pusat Pembangunan Wanita Kelantan (PPWK) yang diwujudkan kerajaan negeri lebih 10 tahun lepas berjaya membantu suri rumah meningkatkan pendapatan.

Sehingga sekarang seramai 178 graduan lepas PPWK berjaya memperolehi pendapatan antara RM1,000 hingga RM5,000 sebulan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga, Kebajikan dan Wanita, Mumtaz Md Nawi berkata, pendapatan itu dijana dari rumah atau kedai yang diusahakan bekas pelajar.

Katanya, kerajaan negeri berhasrat semua pelatih yang menimba kemahiran dalam bidang jahitan, memasak, sulam dan kraftangan dapat menghasilkan produk sendiri.

“Ada yang mengusahakan dari rumah dan mempunyai kedai sendiri mampu menjana ekonomi keluarga,” katanya selepas majlis Graduasi PPWK di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), di sini hari ini.

Seramai 345 pelatih dari 45 PPWK seluruh Kelantan menghadiri grduasi kali ke-13 tersebut. – HARAKAHDAILY 15/10/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8412-lepasan-ppwk-raih-rm5-000-sebulan